Jalan cerita Aladdin_(filem_2019)

Seorang budak jalanan negeri Agrabah yang baik hati bernama Aladdin, bersama monyet peliharaannya Abu, berjaya selamatkan dan berkawan dengan Puteri Jasmin. Jasmin telah selinap keluar untuk lihat dunia luar setelah muak duduk dalam istana seumur hidup. Sementara itu, wazir penasihat Sultan bernama Jafar berancang untuk gulingkan Sultan daripada takhta. Jafar dan nuri beliau Iago pergi cari sebuah pelita ajaib yang tersimpan dalam Gua Khazanah untuk tunaikan hajatnya. Gua Khazanah berkata: "hanya seorang yang layak masuk, sifatnya elok tidak ternilai bak berlian tidak bercanai," dan Jafar pun menganggap Aladdinlah orangnya. Aladdin diculik dan Jafar hasut dia untuk dapatkan pelita itu. Di dalam gua, Aladdin terjumpa sebidang tikar sakti dan peroleh pelita. Dia berikan ia kepada Jafar, yang kemudian khianatinya dan perangkap Aladdin dalam gua tadi, namun Abu sempat curi pelita ajaib itu semasa mereka sedang bertengkar.

Tanpa apa dapat dibuat, Aladdin menggosok pelita yang berdebu tadi dan terkeluar pula jin pelita tersebut. Jin beritahu Aladdin bahawa dia boleh tunaikan tiga hajat Aladdin. Selepas keluar dari gua, Aladdin berhajat untuk jadi seorang putera untuk kahwin Puteri Jasmin, dan berjanji akan guna hajat ketiganya untuk bebaskan Jin daripada belenggu pelita dan jadikan dia manusia.

Aladdin memasuki kota Agrabah dengan identiti samaran "Shah Ali dari Ababwa," dan membawa rombongan meriah bersama-sama harta, haiwan dan jem (Jin menyamar sebagai pengiring atau wazir Shah Ali, manakala Abu telah ditukarkan oleh Jin menjadi seekor gajah tunggangan,) tetapi Jasmin tetap tidak kagum. Mereka berdua menjadi mesra selepas Aladdin bawa dia teroka kota menaiki tikar sakti, sambil Jin pergi keluar dengan Dalia, inang Puteri Jasmin. Apabila Jasmin sedar identiti sebenar Shah Ali, Aladdin tipu dan berkata dia sebenarnya seorang putera dan berpakaian daif hanya untuk bermesra dengan rakyat jelata Agrabah terlebih dahulu. Jafar akhirnya dapat tahu identiti sebenar Aladdin dan campak dia ke laut. Jin sempat selamatkan Aladdin namun terpaksa gadaikan hajat kedua dia. Mereka semua bongkarkan perbuatan Jafar dan lalu beliau dihumban ke penjara. Selepas Sultan tawarkan takhta baginda kepada Aladdin, dia menjadi takut akan kehilangan Jasmin seandainya mereka dapat tahu hal sebenar. Aladdin mungkir janji untuk bebaskan Jin kerana Shah Ali perlukan bantuan seorang wazir. Jin kemudian kecewa dan beritahu Aladdin telah lupa diri sebenar dia.

Iago boloskan Jafar, dan beliau menyeluk pelita daripada beg Aladdin dan menjadi tuan Jin yang baharu. Beliau gunakan dua hajat, satu untuk menjadi Sultan dan satu untuk menjadi ahli sihir paling berkuasa di dunia. Beliau kemudian mengurung semua askar istana dan harimau peliharaan Jasmin, Rajah. Jafar kemudian bongkarkan siapa sebenarnya Aladdin dan hantarkan dia dan Abu ke tanah tandus salji di utara. Jafar ugut akan bunuh ayahanda Jasmin dan Dalia jika dia enggan menikahinya. Di upacara perkahwinan, Aladdin dan Abu kembali selepas diselamatkan tikar sakti, dan Jasmin curi pelita tadi yang ada di jubah Jafar. Dengan berang, beliau tukarkan Iago kepada seekor geroda untuk mengejar dan tewaskan mereka.

Sebagai cubaan terakhir, Aladdin mengejek Jafar kerana kuasanya hanya kedua terhebat, dan berjaya perdayakan beliau untuk menghajat dijadikan makhluk paling berkuasa di dunia. Oleh kerana hajat beliau tidak begitu jelas, Jin bebas untuk fahamkan hajat beliau sebagaimanapun dan tukarkan Jafar menjadi seekor jin pelita. Jin pelita yang tidak bertuan akan terkurung dalam pelita selamanya, dan begitulah takdir Jafar sambil tergopoh-gopoh menjerat Iago sekali ke dalam pelita. Jin lemparkan pelita Jafar ke Gua Khazanah, dan Aladdin kotakan janjinya. Dia guna hajat terakhirnya untuk bebaskan Jin dan jadikan dia manusia. Sultan isytiharkan Jasmin dijadikan sultanah Agrabah dan beritahu Jasmin yang Aladdin sememangnya berhati mulia, dan Jasmin akhirnya berkahwin dengan dia. Jin kahwini Dalia dan mereka pergi berkelana di laut manakala Aladdin dan Jasmin kini dapat mulakan hidup yang baharu.

Rujukan

WikiPedia: Aladdin_(filem_2019) http://ew.com/movies/2018/01/25/disney-live-action... http://www.vulture.com/2018/09/billy-magnussen-man... http://www.wdsmediafile.com/media/Aladdin/writen-m... https://www.boxofficemojo.com/movies/?id=disneyfai... https://ew.com/movies/2018/12/21/guy-ritchie-aladd... https://ew.com/movies/aladdin-first-look-photos/#a... https://www.facebook.com/watch/?v=2344744492414285 https://international-dubbing.fandom.com/wiki/Alad... https://www.hollywoodreporter.com/heat-vision/alad... https://www.ign.com/articles/2018/10/12/aladdin-ho...